BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 17, 2009

Mengatasi Tekanan

19 November 2009

Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia secara tidak langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih produktif, kompetitif, dan sentiasa maju ke hadapan. Begitu juga dunia pendidikan di mana remaja semakin ditekan oleh ibu bapa, guru, rakan sebaya dan kelompok masyarakat yang menaruh pengharapan yang amat tinggi agar mereka meraih kecemerlangan di dalam akademik. Ini membawa kepada masalah tekanan mental di kalangan remaja. Antara kesan negatif masalah ini ialah mereka akan merasa rendah diri, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah, kesedihan dan mengalami kelesuan.

1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan/tanggungjawab anda:
- Akui kekuatan dan kelemahan diri.
- Sentiasa berfikiran positif.
- Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan.
- Memupuk sikap seronok bekerja/belajar.

2. Merancang kerja anda:
- Kendali masa anda dengan bijak.
- Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh.
- Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah.
- Mengagihkan kerja dengan baik.

3. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah:
- Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
- Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya.
- Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
- Ambil tindakan secara wajar.

4. Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar:
- Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
- Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda.
- Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.

5. Amalkan komunikasi yang berkesan:
- Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif.
- Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas.
- Hormatilah pandangan rakan anda.

6. Semaikan semangat bermasyarakat:
- Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda.
- Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah.
- Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai.
- Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

7. Amalkan cara hidup sihat:
- Luangkan masa untuk berehat dan bertenang.
- Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi.
- Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah.
- Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.


SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Bulan Kesihatan Mental Kebangsaan pada bulan September 2000.

20 November 2009

Remaja Sering Hadapi Tekanan Mental

Perubahan fizikal, emosi dan sosial pada zaman remaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental. Golongan ini sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering berasa sering disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan tekanan mental yang dihadapi.

Sehubungan itu, antara kaedah terbaik untuk menjalinkan hubungan yang rapat dengan ibu bapa ialah dengan:
a. Menghormati dan sedia menerima tunjuk ajar dan teguran mereka.
b. Membincangkan masalah dengan mereka.
c. Meluahkan perasaan dan pendapat secara terus terang.
d. Tunjukkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan.
e. Cuba memahami masalah dan beban ibu bapa.
f. Meraikan hari jadi mereka.

Pada masa yang sama, remaja juga sering mengalami tekanan emosi lakukanlah beberapa kaedah seperti:
a. Menarik nafas sedalam-dalamnya.
b. Beredar dari suasana tegang (jika perlu).
c. Berfikir sebelum bertindak.

Tanyalah diri sendiri seperti:
a. Mengapa ia berlaku.
b. Puncanya.
c. Perkara yang telah anda lakukan.

SUMBER: Dipetik daripada MINGGUAN MALAYSIA, AHAD 19 Mac 2000, muka surat 26.

0 comments: